Sunday, April 10, 2011

The best ever gift

30 Mac 2011, genap 3 tahun perkahwinan kami. Ulang tahun sudah-sudah, kami bertukar-tukar hadiah. I bought what he want and he bought what I want.

Tahun ni lain. No exchange gift session. Kami dapat hadiah daripada Illahi, we are going to be mommy & daddy soon.... Itulah hadiah yg paling mahal kami terima tahun ni.

Mungkin bagi setengah orang, itu biasa. Tp masih ingatkah anda disaat anda mengetahui bahawa anda akan menimang cahaya mata yang pertama? Bagaimana perasaan anda?

Begitulah kami... Excited sungguh.

Sekarang ni kami sibuk membeli keperluan bayi. Boleh tahan juga kalau nak kira persediaan asas. Tapi takperlah demi anakanda tercinta, mommy & daddy sanggup berjimat cermat untuk beli keperluan baby.

Buat masa ni kami beli barang berperingkat. Tak boleh nak beli semua sekali harung, nanti tak makan kami. So far, tinggal barang besar yg perlu kami beli dalam masa 2 bulan ni since my pregnancy dah masuk 6 bulan. Manalah tahu tiba-tiba terbersalin awal, cian anak mommy takde katil lagi & mommy takde breast pump nak perah susu untuk anak mommy.

Sebut pasal katil & breast pump... Harga boleh tahan jugak. Katil 1 set dengan tilam dah RM800. So ujung bulan ni kami nak beli katil. then bulan depan beli breast pump. Memula ingat nak beli manual breast pump, tapi my mom cakap nanti tercabut tangan nak mengepam. So, atas nasihat my mom, kami pun bercadang untuk membeli Ameda Lactaline.

Kenapa Ameda? So far, kami buat research over the internet... Kelebihan Ameda, the teats size is variable. So takde ler kena paksa muatkan juga. Then walaupun nampak mahal, tapi kuasa suction dia satisfiable (according to the research again) dan juga senyap. Takdeler 1 opis dengar. Anyway part harga tuh, telan air liur dan kena pejam mata nampaknya. Hasil research kami standby ler RM800-950, tengok pada package yang ada di pasaran. Kalau standalone jer, RM750.

Apa pun, kami bercadang nak gi shopping kat Pureen Sales kat PJ on 23-24 April dan Baby Fair kat Midvalley on 6-8 May 2011. :)

No comments: